6 Suplemen Sakit Lutut Terbaik di Malaysia Berdasarkan Bukti Saintifik

Sedang mencari suplemen sakit lutut terbaik di Malaysia? Dengan begitu banyak petua cara menghilangkan sakit lutut dengan cepat di internet, bagaimana anda membuat pilihan yang tepat? Masalah sakit sendi lutut atau dalam bahasa perubatan, 'Knee Osteoarthritis (OA)' adalah masalah yang kerap berlaku di kalangan warga emas atau mereka yang semakin meningkat usia tua.

suplemen sakit lutut

Masalah sakit lutut boleh disebabkan oleh berbagai jenis masalah sakit lutut seperti 'knee osteoarthritis' dan 'rheumatoid arthritis'. Rawatan untuk 2 penyakit ini juga berbeza.


Pastikan anda berjumpa dengan doktor dahulu untuk memastikan bahawa yang bermasalah adalah sendi lutut, bukan otot atau ligemen di sekeliling sendi lutut.

Dengan ini barulah diambil suplemen tertentu setelah berbincang dengan doktor anda.


Suplemen-suplemen Terbaik di Malaysia untuk Rawatan Sakit Lutut

Dengan begitu banyak produk sakit lutut yang ditawarkan di seluruh Malaysia, bagaimana anda membuat pilihan yang tepat? Hanya melakukan carian Google dan pilih dari sana. Bunyi mudah, kan?

Kami telah menyenaraikan suplemen sakit lutut berdasarkan hasil carian Google, bukti saintifik dan review dari pengguna-pengguna yang telah mengguna produk tersebut.


1. Omega-3

Terdapat 2 jenis minyak omega 3 yang kerap dijumpai dalam minyak ikan iaitu eicosapentaenoic acid (EPA) and docosahexaenoic acid (DHA).

Terdapat beberapa ujian klinikal tentang bagaimana minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3 mempengaruhi rheumatoid arthritis dan osteoarthritis. (rujukan)

Terdapat 20 ujian klinikal yang telah diuji untuk penyakit arthritis rheumatoid, dan 16 ujian klinikal menunjukkan keberkesanan yang ketara.

Empat ujian klinikal dilakukan pada osteoarthritis, dan tiga daripada mereka menunjukkan keberkesanan yang ketara.

Beli Omega 3 online dari Lazada Malaysia


2. Glucosamine

Glucosamine adalah salah satu daripada komponen tulang rawan (cartilage). Glucosamine merupakan salah satu daripada suplemen sakit lutut yang paling terkenal dalam pasaran Malaysia. Banyak ramuan yang anda bole jumpa di farmasi mempunyai glucosamine.

Kajian menunjukkan bahwa glucosamine mampu mengurangkan kerosakan sendi setelah diambil selama 3 tahun.

Glucosamine sulfate di pasaran selalunya dalam bentuk kapsul 500 mg. Kapsul glucosamine 500 mg selalunya perlu diambil selama 3 kali sehari untuk dos maksima 1,500 mg sehari. 

Anda boleh beli suplemen glucosamine sulfate online dari Lazada Malaysia.


3. Chondroitin

Like glucosamine, chondroitin is a building block of cartilage. It may also help prevent cartilage breakdown from osteoarthritis.

Seperti glucosamine, chondroitin adalah salah satu daripada komponen tulang rawan (cartilage). Beberapa kajian klinikal telah menunjukkan bahwa chondroitin mampu mengurangkan sakit sendi di kalangan pesakit osteoartritis.

Sebanyak 53 peratus pengguna chondroitin mengalami 20 peratus atau lebih pemulihan dari segi kesakitan sendi lutut.

Anda boleh beli suplemen chondroitin bersama glucosamin online dari Lazada Malaysia.


4. Methylsulfonylmethane (MSM)

Methylsulfonylmethane (MSM) adalah salah satu daripada bahan yang biasa dirumuskan sekali dengan glucosamine dan chondroitin dan dijual sebagai suplemen sakit lutut.

Satu kajian yang dilakukan keatas 100 pengguna yang berumur lebih dari 50 tahun, dirawat dengan suplemen MSM selama 12 minggu. Kajian itu menunjuk bahwa pengguna yang diberi MSM mempunyai pemulihan dari segi kesakitan yang kurang, kekakuan sendi yang kurang dan bengkak sendi yang kurang berbanding dengan kumpulan plasebo (tiada rawatan). (Int J Biomed Sci. 2015).

Anda boleh beli suplemen chondroitin bersama glucosamin online dari Lazada Malaysia.


5. Vitamin C

Banyak kajian telah membuktikan bahwa vitamin C memainkan peranan yang besar dalam metabolisme dan penyembuhan tulang rawan (cartilage) dan tisu penghubung (connective tissue) yang telah cedera.

Dalam kajian yang dilakukan pada 2007, antioksidan seperti vitamin C, E dan Omega 3 terbukti dapat mengekalkan ketebalan tulang rawan yang dikaji dengan mesin MRI.

Berkaitan: APAKAH KEBAIKAN BLACKMORES VITAMIN C 500 MG 


6. Vitamin E

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Rheumatism Disease pada tahun 2009 menbuat kesimpulan bahwa vitamin E memainkan peranan dalam penyembuhan kecederaan lutut dan mengurangkan kesakitan pada pesakit osteoarthritis.

Anda boleh mendapat suplemen vitamin E (dirumus sekali dengan vitamin lain dalam rumusan multivitamin) online dari Lazada Malaysia.

Comments

  1. The King Casino - Ventureberg
    The King Casino is owned by British casino sporting100 operator https://deccasino.com/review/merit-casino/ Crown communitykhabar Resorts and operated by Crown Resorts. ventureberg.com/ It is owned by British ADDRESS: CASTLE

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts