Suplemen Pemutih Kulit Terbaik di Malaysia 2021
Suplemen Kolagen Terbaik untuk Wanita dan Lelaki di Malaysia
Kolagen merupakan sejenis protein yang merangkumi 30% dalam badan anda. Ia bertindak sebagai anti penuaan, selain menganjalkan, melicinkan, memutihkan serta memperbaiki kulit. Bukan sahaja untuk kecantikan, tetapi ia juga dapat membantu menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang.Sekiranya kekurangan kolagen di dalam badan, ianya boleh mengakibatkan kulit kendur, kemunculan garis halus, kulit kusam dan juga rambut rosak.
Berikut adalah beberapa jenis kolagen yang terbaik di pasaran Malaysia.
1. Lennox Firm Up Forte Collagen Drink
Minuman kolagen Lennox ini mempunyai antioksida OPC dimana 50 kali ganda lebih berkuasa daripada Vitamin E dan 20 kali ganda lebih baik daripada Vitamin C. Ianya sesuai digunakan untuk memberikan ketegangan kepada kulit anda supaya anda kelihatan lebih muda dan cantik.Antioksida memainkan peranan penting dalam menyediakan nutrien-nutrien istimewa untuk kesihatan kulit anda. Kolagen ini juga mengandungi bioflavonoid yang terdapat dalam ekstrak biji anggur untuk menguatkan sel-sel dalam kulit yang rosak akibat daripada kotoran dan pancaran sinaran matahari yang berpanjangan. Pengambilannya juga amatlah mudah. Anda hanya perlu masukkan serbuk kolagen dalam botol, goncangkan dan minum. Ianya begitu mudah untuk cantik dan sihat.
2. AuraWhite AuraMen Turbo Collagen
- 50% pencerahan ketara dalam masa hanya 1-2 minggu
- Memulihkan kulit rosak, berparut, kusam dan bermasalah
- Menjadikan kulit lebih anjal dan elastik serta lembab
- Mengurangi kedutan dan garis2 halus
- Mengecilkan pori2 kulit
- Menguat dan mencantikkan kuku dan rambut
- Meningkatkan sistem imunisasi badan
- Mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan
- Mengatasi masalah jerawat dan jeragat
- Mengurangi sakit radang/sendi
- Mengandungi prebiotik dan 3 kali stem sel
- Sesuai untuk ibu hamil dan menyusui bayi
- Membekalkan tenaga optimum sepanjang hari
- Mengurangi kolesterol
- Menghapuskan parut, tumit merekah dan selulit
- Meningkatkan kualiti tidur
- Sesuai untuk lelaki dan wanita
4. Blackmores Collagen 10,000mg – 10x2 Bottles (60ml)
Diperkaya dengan ekstrak benih anggur dan Vitamin E yang membantu meremajakan kulit dalam hanya 6 - 12 minggu. Kolagen ini berkesan dalam membaiki kulit sambil mempromosi pertumbuhan sel baru untuk kecantikan yang mendalam, manakala Vitamin E dan ekstrak biji anggur membantu dalam melindungi sel-sel daripada kerosakan radikal bebas.Dengan menggunakan kolagen berkualiti tinggi, ianya mengandungi sentuhan citrus yang memberi kesegaran semasa anda meminumnya. Minuman kolagen ini juga tidak berbau hanyir untuk memudahkan anda mengambilnya. Ianya dijamin asli tanpa bahan pengawet atau bahan tambahan tiruan.
5. Vitamin C yang Bagus untuk Memutihkan Kulit
6. 21st Century Elastin Collagen (600mg x 30’s)
Kolagen ini dapat mengurangkan penampilan garis halus serta kedutan. Tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna tiruan dan perasa tambahan, ianya selamat diambil oleh anda yang inginkan kulit lebih glowing dan tampak segar berpanjangan.Bebas dari sodium, menjadikan kolagen ini pilihan ramai kerana ianya mampu melambatkan proses penuaan dan tidak membahayakan kesihatan. Seperti yang anda ketahui, kulit terdiri daripada 2 lapisan iaitu epidermis dan dermis. Kolagen yang terdapat dalam suplemen ini dapat memberi keanjalan dan menegangkan kulit anda agar tampil awet muda.
Protein yang terdapat dalam elastin dan kolagen akan mula berkurangan dalam kulit kita akibat peningkatan umur, pencemaran alam sekitar, diet tak seimbang dan stres. Kapsul suplemen ini mengembalikan tahap kolagen yang diperlukan dalam kulit anda.
Bahan-bahan lazim dalam produk pemutih/pencerah kulit dan kesannya
Formulasi produk pencerahan kulit lazimnya terdiri daripada satu atau kombinasi beberapa bahan pencerah seperti vitamin C, kojic acid, tranexamic acid, alpha hydroxy acids (AHA), nicotinamide (vitamin B3), arbutin, ekstrak tumbuhan-tumbuhan dan sebagainya.Secara umumnya, bahan- bahan tersebut bertindak ke atas proses penghasilan melanin, iaitu sejenis bahan dalam badan yang mempengaruhi warna kulit manusia.
Sesuatu produk tidak semestinya mempunyai kesan yang sama ke atas setiap individu. Kesan yang berbeza berkemungkinan berpunca daripada perbezaan struktur kulit atau tahap pemasalahan kulit antara individu yang turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah amalan diet, tekanan, aktiviti fizikal, tahap pendedahan terhadap cahaya matahari dan sebagainya.
Kawalan produk pemutih/pencerah kulit di Malaysia
Produk pemutih/pencerah kulit yang dibenarkan dalam pasaran adalah merujuk kepada krim, losyen atau sediaan lain yang digunakan secara luaran sahaja. Ianya sama sekali tidak termasuk produk yang digunakan secara suntikan atau dimakan.
Produk suntikan perlu melalui prosedur penilaian keselamatan, kualiti dan keberkesanan yang terperinci sebelum dibenarkan untuk didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan hanya boleh diaplikasi ke atas individu yang memerlukan oleh doktor perubatan yang bertauliah. Produk pemutih/pencerah kulit yang dimakan juga turut dikawal oleh KKM dan perlu melalui prosedur regulatori tertentu bergantung kepada komposisi atau kandungan bahan yang digunakan.
Berdasarkan rekod pengawasan mutu produk kosmetik di pasaran, produk yang digunakan untuk pencerahan wajah seringkali dicemari oleh bahan-bahan yang dikategorikan sebagai racun berjadual seperti hydroquinone, tretinoin, azelaic acid dan merkuri. Merujuk kepada Akta Racun 1952, hydroquinone (kecuali bagi sediaan kuku palsu), tretinoin, azelaic acid hanya dibenarkan dalam produk farmaseutikal yang berdaftar dengan KKM. Produk sedemikian hanya boleh digunakan di bawah pengawasan profesional kesihatan kerana tanpa pengawasan yang sewajarnya, ianya boleh mendatangkan kesan mudarat yang serius kepada pengguna. Selain bahan-bahan tersebut, merkuri, iaitu sejenis logam berat yang merbahaya terhadap kesihatan, juga turut dikesan dalam sesetengah produk pencerah wajah.
Senarai terkini bagi produk kosmetik yang telah dikesan mengandungi bahan-bahan larangan turut dipaparkan untuk rujukan orang ramai di laman sesawang rasmi Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) www.npra.gov.my. Ironinya, produk pencerah wajah yang mengandungi bahan larangan sering
dipromosikan sebagai dapat memberikan kesan pemutihan yang ketara dalam tempoh masa yang singkat.
Tips kepada pengguna
Pengguna dinasihatkan agar lebih rasional terhadap kesan yang dijangka ekoran penggunaan sesuatu produk kosmetik. Faktor keselamatan hendaklah diutamakan berbanding kesan terhadap kecantikan. Ini kerana produk yang memberikan hasil yang diingini terutama dalam masa yang singkat tidak semestinya telah turut terbukti sebagai selamat untuk digunakan.Berikut adalah tips yang boleh diikuti oleh pengguna:
- Membaca maklumat yang tertera pada label produk dengan teliti dan mematuhi saranan yang ditetapkan.
- Sentiasa melindungi kulit daripada faktor yang boleh merosakkan kulit seperti cahaya matahari dan persekitaran yang tercemar serta mengamalkan gaya hidup sihat dan diet yang seimbang.
- Tidak mudah terpedaya dengan iklan produk yang menjanjikan perubahan drastik. Produk kosmetik memerlukan masa untuk bertindak secara selamat ke atas punca yang boleh menyebabkan kegelapan kulit.
- Merujuk kepada profesional kesihatan/kecantikan yang bertauliah bagi mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi dan jenis produk yang bersesuaian.
- Berhenti menggunakan sesuatu produk kosmetik sekiranya mendapat tindakbalas sampingan yang tidak diingini dan merujuk kepada doktor jika perlu.
Comments
Post a Comment