Khasiat Habbatus Sauda (Jintan Hitam)

Habbatus sauda (perkataan Arab bagi jintan hitam) atau 'black seed oil' dalam bahasa inggeris, ialah sejenis tumbuhan berbunga tahunan yang tumbuh secara aslinya di Asia Selatan dan Asia Barat Daya. Ia mempunyai ketinggian berukuran 20–30 cm (7.9–11.8 in), manakala struktur daunnya halus dan lurus (tetapi tidak berbentuk seperti jarum). Bunganya halus, biasanya berwarna putih dan atau biru ceraka dengan 5 hingga 10 kelopak.

khasiat habbatus sauda

Buahnya bersaiz besar berbentuk kapsul yang mengandungi tiga hingga tujuh folikel berpadu, setiap satunya mengandungi biji hitam yang digunakan sebagai rempah dan bahan perubatan.

Biji habbatus sauda juga diproses atau dikisar sehingga keluar minyaknya dan dimakan untuk tujuan kesihatan atau perubatan tradisional. Ia lebih dikenali sebagai minyak habbatus sauda dan digunakan untuk merawat kencing manis.

Kimia

Minyak habbatus sauda mengandungi asid linoleik, asid oleik, asid palmitik, transanetol dan perawis kecil lain. Sebatian aromatik termasuklah timokuinona, dwihidrotimokuinona, p-simena, karvakrol, α-tujena, timol, α-pinena, β-pinena dan transanetol. Minyak meragkumi 32% hingga 40% daripada keseluruhan kandungan biji N. sativa. Biji habbatus sauda juga mengandungi timokuinona.


Kajian

Satu metaanalisis dalam percubaan klinikal menemui bukti lemah yang mengatakan habbatus sauda mempunyai manfaat jangka pendek untuk merendahkan tekanan darah sistole dan dwiastole, dan bukti terhad bahawa pelbagai pati habbatus sauda dapat mengurangkan trigliserida, lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan jumlah kolesterol, sementara juga meningkatkan kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (HDL).

KEBAIKAN HABBATUS SAUDA TERHADAP KESIHATAN ANDA


MAMPU MENGURANGKAN TEKANAN DARAH

Kesan anti-hipertensi habbatus sauda’ didapati dapat membantu orang ramai mengurangkan dengan tekanan darah yang tinggi. Menurut suatu kajian yang disiarkan dalam jurnal Farmakologi Asas & klinikal, penggunaan harian ekstrak Nigella sativa selama dua bulan mampu mengurangkan tekanan darah pada pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi yang berkadar sederhana. Di samping itu, biji ini turut didapati mampu membantu mengurangkan tahap lipoprotein berketumpatan rendah (LDL atau kolesterol ‘tidak baik’) dan meningkatkan kesihatan jantung secara keseluruhan.

Apabila mengalami tekanan darah tinggi, anda digalakkan untuk mengambil 100 hingga 200 mg ekstrak Nigella sativa dua kali sehari dan diamalkan secara konsisten. Anda juga harus mendapatkan saranan doktor untuk dos yang sesuai mengikut keadaan anda.

MAMPU MENGAWAL PENYAKIT DIABETIS 

Para penyelidik telah mengkaji kesan biji Nigella sativa yang didapati berpotensi dalam mengawal glisemik pada pesakit dengan penyakit diabetes tahap kedua. Menurut suatu kajian yang dijalankan dan disiarkan dalam jurnal Fisiologi dan Farmakologi India, dos harian habbatus sauda’ yang diambil sebanyak 2 gram mungkin menjadi cara yang baik untuk mengawal tahap gula darah pada pesakit yang menghidapi diabetes tahap kedua.

Pengambilan biji ini juga didapati boleh membantu mengurangkan tahap gula dalam darah yang menaik parasnya dengan cepat serta rintangan insulin. Ianya juga berpotensi meningkatkan fungsi sel beta dalam pankreas. Pendek kata, habbatus sauda’ telah menjadi suatu bahan yang berpotensi dalam membantu mencegah penyakit diabetes.


MENINGKATKAN KESIHATAN HATI DAN BUAH PINGGANG

Minyak ekstrak habbatus sauda’ juga didapati boleh menggalakkan kesihatan hati. Organ hati berfungsi dengan baik dalam membantu menghapuskan toksin dari tubuh badan. Dalam suatu kajian yang dijalankan dan disiarkan dalam Kajian Eropah untuk Sains Perubatan dan Farmakologi, minyak ekstrak habbatus sauda’ didapati menunjukkan peningkatan di dalam perkembangan organ hati dan buah pinggang.

Kajian yang dilakukan juga mendapati bahawa minyak habbatus sauda’ juga meningkatkan mekanisme perlindungan hepato-buah pinggang lalu berpotensi mengurangkan komplikasi penyakit serta melambatkan pergerakan penyakit tersebut daripada terus merebak. Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan dalam bidang ini untuk mengenal pasti molekul yang didapati bertanggungjawab untuk kesan farmakologi tersebut.

Untuk memperbaiki fungsi hati dan mencegah kedua-dua kerosakan dan penyakit, anda digalakkan untuk memasukkan habbatus sauda’ atau makanan tambahan berasaskan habbatus sauda’ dalam harian diet anda secara tetap dan konsisten utuk memperoleh kebaikannya kepada kesihatan.

MERAWAT TENAGA BATIN 

Mampu merawat impotensi and meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita).

MENINGKATKAN DAYA INGATAN

Biji habbatus sauda; juga didapati boleh memberi rangsangan kepada kesihatan dan perkembangan otak anda. Oleh kerana kandungan antioksidan, anti-radang dan kelebihan perlindungan-neuron, biji habbatus sauda’ berpotensi meningkatkan daya ingatan anda.

Menurut suatu kajian yang dijalankan dan disiarkan dalam jurnal Ethnofarmakologi, individu yang mengambil dua kapsul habbatus sauda’ berkadar 500 mg yang mengandungi serbuknya pada setiap hari menunjukkan peningkatan dalam aspek kognitif, ingatan dan perhatian berbanding dengan mereka yang mengambil plasebo.

Anda digalakkan menngamalkan pengambilan habbatus sauda’ dengan cara memakan ½ sudu teh biji tersebut dua kali dalam sehari atau mengambil makanan tambahan yang berasaskan habbatus sauda’ selepas mendapatkan nasihat doktor anda untuk mendapatkan dos pengambilannya mengikut kesesuaian.

MERAWAT PENYAKIT ASMA

Minyak Habbatus sauda’ juga didapati mempunyai kesan anti-asma yang agak kuat pada saluran pernafasan asma, menurut suatu kajian yang dijalankan dan disiarkan dalam jurnal Phytomedicine tersebut. Kelebihan anti-asma yang didapati juga berpotensi dalam membantu mengurangkan keamatan gejala asma dan menggalakkan pemulihan. Kandungan bahan thymoquinone dalam minyak habbatus sauda’ dapat membantu mengurangkan keradangan saluran udara dan mampu menghalang rembesan mukus yang berlebihan.

Minyak berasaskan habbatus sauda’ juga merupakan bahan rawatan yang sangat berkesan untuk sakit tekak, sinusitis akut dan tonsillitis. Seiranya masalah tersebut berlaku, anda boleh menambah beberapa titik minyak biji habbatus sauda’ ke dalam periuk air panas. Tutup kepala dengan tuala dan sedut wap yang keluar selama 5 minit. Ulangi seperti yang diperlukan sehingga ianya beransur pulih. Anda juga boleh meletakkan beberapa titik minyak biji habbatus sauda’ pada sapu tangan anda dan sedut aromanya dari semasa ke semasa sekiranya ingin cara yang lebih cepat dan mudah.

MENGURANGKAN RISIKO KANSER

Seperti bahan rawatan yang lain, habbatus sauda’ juga didapati sangat berkesan dalam mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuklah kanser payudara, kanser otak, kanser mulut, kanser pangkal rahim dan kanser kolon.

Menurut suatu kajian yang dijalankan dan disiarkan dalam jurnal Biokimia Farmakologi, kandungan bahan thymoquinone dalam habbatus sauda’ didapati mempunyai potensi untuk menyembuhkan gangguan yang berpunca daripada keradangan dan kanser. Komponen ini juga bertindak sebagai pembersih radikal bebas radikal oksida.

MERAWAT CIRIT-BIRIT

Biji habbatus sauda’ juga didapati sangat baik untuk merawat masalah perut seperti cirit-birit, gas, kembung perut dan sembelit. Menurut suatu kajian yang dijalankan dan disiarkan dalam jurnal PLoS One, ekstrak biji habbatus sauda’ berpotensi melegakan gejala cirit-birit yang dihidapi. Sekiranya masalah tersebut berlaku kepada anda, campurkan 1 sudu teh serbuk habbatus sauda’ dalam secawan yogurt. Amalkan memakan campuran yogurt tersebut dua kali dalam sehari sehingga keadaan anda bertambah baik.

MERAWAT EKZEMA

Ekzema adalah perubahan keadaan kulit yang didapati boleh dirawat dengan menggunakan minyak biji habbatus sauda’ sekiranya itu pilihan anda. Kelebihan kandungan bahan emolien dalam minyak tersebut berupaya membentuk sebuah lapisan tidak berminyak yang dapat melindunginya daripada meluap. Di samping itu, kelebihan bahan anti-radangnya juga dapat membantu dalam mengurangkan keradangan, kemerahan dan gejala ekzema yang lain.

Menurut suatu kajian yang disiarkan dalam Jurnal Akademi Dermatologi dan Venereologi Eropah, kesan terapi topikal minyak biji habbatus sauda’ didapati menunjukkan peningkatan dalam kualiti hidup dan penurunan tahap ekzema. Sekiranya ekzema berlaku, anda boleh menyapukan minyak biji habbatus sauda’ secara terus pada kulit yang terjejas dua kali sehari selama beberapa hari secara konsisten untuk kesan yang maksimum.

KECANTIKAN KULIT DAN MENINGKATKAN WARNA KULIT

Untuk wanita, anda digalakkan untuk makan habbatus sauda dan menggunakan minyaknya untuk kecantikan kulit. Penggunaan secara tetap dan konsisten minyak biji habbatus sauda’ juga membantu meningkatkan warna kulit. Ianya didapati boleh menghalang pengeluaran melanin, yang seterusnya melindungi kulit daripada sinaran matahari. Di samping itu, ciri-ciri antioksidan, anti-radang dan bahan pelembab yang terkandung juga membantu dalam pertumbuhan semula kulit dan menggalakkan kulit tumbuh secara sihat.

Anda juga digalakkan untuk mengambil minyak habbatus sauda’ dengan cara memakannya atau secara mengurut terus pada kulit untuk mengembalikan kesihatan kulit semula jadi. Anda pastinya mahukan kulit yang putih, gebu, halus dan kelihatan menawan jika mahu keluar berjumpa dengan rakan.

MERAWAT MASALAH KEGUGURAN RAMBUT

Minyak biji habbatus sauda’ juga didapati berpotensi membantu mengurangkan keguguran rambut. Kandungan bahan antioksidannya yang kuat dan sifat-sifat antimikrobial mampu membantu menguatkan folikel rambut dan mengurangkan keguguran rambut. Di samping itu, kelebihan anti-kulatnya yang didapati mampu menghalang jangkitan yang menyebabkan keguguran rambut.

Ia juga mempunyai pelembap semula jadi yang berpotensi melindungi rambut daripada kerosakan serta mempercepatkan proses pertumbuhan rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Sekiranya mahukan rambut yang lebat dan sihat, anda boleh mencampurkan minyak biji habbatus sauda dan minyak zaitun lalu menyapunya pada mana-mana tompok yang keguguran rambut. Tunggu selama 30 minit kemudian syampu rambut anda. Amalkan kaedah ini beberapa kali seminggu untuk merawat masalah keguguran rambut.


Habbatus Sauda Online

Anda boleh beli Habbatus Sauda Online di Lazada Malaysia | Shopee Malaysia | Watsons Malaysia

Comments

Popular Posts