Rawatan PRP (Platelet Rich Plasma): Harga dan Review di Malaysia 2020

Teknik rawatan mencantikkan kulit dan bentuk wajah menggunakan darah sendiri antara teknologi terkini dalam bidang estetik yang digunakan secara meluas termasuk di negara ini.

Rawatan PRP Malaysia

Antara rawatan itu ialah teknik Platelet Rich Plasma (PRP) yang digemari khususnya sebilangan wanita bagi mendapatkan mendapatkan kulit licin, mulus, berseri dan membantu mengatasi masalah tanda penuaan seperti garis halus dan pigmentasi.

Mungkin ada yang ragu-ragu menggunakan darah sendiri dianggap najis. Bagaimanapun, bagi teknik itu darah pesakit diproses dan hanya mengambil plasma yang disuntik pada bahagian wajah.

Dengan melakukan kaedah itu ia dapat merangsang peningkatan kolagen, mencerahkan kulit menerusi stem sel yang terkandung dalam plasma secara semula jadi.

Pakar Estetik Klinik Pesona, Dr Abdul Jamil Jamal Buhari, berkata tiada unsur bercanggah dengan hukum syarak bagi mereka yang ingin melakukan teknik ini.

Beliau memetik kenyataan, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid yang menjelaskan tiada larangan bagi individu untuk melakukan suntikan darah memandangkan tiada unsur percampuran tidak mencampurkan darah sendiri dengan pihak ketiga atau haiwan.

Katanya, justeru teknik itu semakin menjadi pilihan dalam kalangan wanita yang mahukan rawatan rendah risiko.

Katanya, darah diambil sebanyak 10 mililiter (ml) daripada lengan pesakit, kemudian diletakkan di dalam tabung khas sebelum dimasukkan di dalam mesin selama 10 hingga 15 minit untuk memisahkan serum dan sel darah merah.

"Suntikan menggunakan darah sendiri berupaya membina sel baharu bagi menggantikan sel yang rosak dan membuatkan permukaan kulit lebih anjal dan gebu secara semula jadi.

"Selepas menjalani beberapa proses, serum yang mengandungi sel stem, platelet dan hormon dihasilkan. Menerusi proses ini, plasma iaitu cairan bening pada bahagian atas mengandungi banyak sel penyembuhan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dr Abdul Jamil berkata, PRP yang juga dikenali sebagai vampire facial diperkenalkan sejak tahun 1990an di negara maju seperti Jepun dan Eropah dalam bidang perubatan seperti pembedahan jantung, ortopedik dan urologi.

Katanya, teknologi itu turut digunakan dengan meluas dalam perubatan sukan seperti merawat ligamen serta tendon terkoyak dan sejak tahun 2000, rawatan berkenaan pula digunakan mulai diperkenalkan dalam bidang aestetik.

Kajian yang pernah dilakukan di Eropah, England, Jepun dan Afrika Selatan, menunjukkan PRP berfungsi memulihkan keremajaan kulit, mengurangkan parut, menghilangkan jeragat, garis, lekuk pada wajah serta ulser diabetes membabitkan penggunaan plasma yang kaya platelet.

Ini kerana platelet ialah partikel kecil dalam darah yang mempunyai nilai aestetik yang tinggi dan merangsang hormon tumbesaran.

Hormon ini berfungsi merangsang penyembuhan, pembaharuan dan meningkatkan keupayaan sel sekali gus menambah keanjalan kulit.

Dr Abdul Jamil berkata, darah pesakit digunakan sebagai sumber kerana mudah diproses berbanding sumber daripada lemak atau sum-sum tulang.

"Suntikan pada bahagian wajah akan mula membaiki sel kulit dan meremajakan kulit secara semula jadi. Kulit akan menjadi lebih gebu, bersinar, bersih dan tegang," katanya.

Sel stem kulit mempunyai fungsi khusus untuk memperbaharui dan memperbaiki kulit. Tubuh merangsang sel kulit untuk menghasilkan protein, karbohidrat, lipid bagi mengurangkan garis halus, kedutan, mengembalikan dan mengekalkan keanjalan kulit.

Kesan keanjalan kulit boleh dilihat selepas dua minggu rawatan di lakukan dengan keadaan kulit lebih segar dan tampak lebih anjal berbanding sebelumnya.

Bagaimanapun, bagi mereka yang ingin melakukan rawatan itu dinasihatkan mendapat nasihat doktor bertauliah untuk memastikan prosedur dijalankan dengan betul.

"Bagi mendapatkan keputusan yang memuaskan pesakit boleh menjalankan prosedur antara tiga hingga empat kali terutama untuk rawatan wajah berparut akibat jerawat, pigmentasi parut dan mengurangkan kerutan pada wajah," katanya.

Usahawan, Mimiwati Zainal, 39, yang menjalani PRP sejak empat tahun lalu, berkata beliau berpuas hati dengan rawatan dilakukan dalam menyasarkan garis halus.

Katanya, beliau sudah mencuba pelbagai jenis rawatan untuk kekalkan keremajaan wajah, tetapi menganggap rawatan berkenaan mudah dan tidak membuang banyak masa.

"Mula menjaga kecantikan wajah pada usia 20 tahun. Saya buat rawatan ini untuk lebih kepada kepuasan diri sendiri.

"Saya tidak suka bersolek. Kalau kulit muka sudah sempurna tak perlu lagi ambil masa panjang bersolek," katanya.

Mengenai rawatan itu, kata Mimiwati kali pertama melakukannya, beliau mengakui tidak tahan sakit dengan cucukan jarum, tapi lama-kelamaan sudah menjadi biasa dan tidak ada sebarang masalah dan hasilnya memang mengagumkan.



Harga Rawatan PRP di Malaysia

Harga rawatan PRP di Malaysia adalah dalam lingkungan RM 800 - RM 2,000 untuk satu rawatan. Harga berbeza bergantung kepada klinik dan 'kit penyediaan' PRP yang digunakan.


Review dan Testimoni Rawatan PRP di Malaysia

Rawatan PRP Paling MURAH di Kuala Lumpur | Dr Hanafiah PRP
Harini I nak share my experience buat PRP dengan Dr Hanafiah yang I buat last month 2 days after my birthday. Dah dekat sebulan, dah nampak result, then baru la I share sebab I nak tengok dulu apa kesan dia after I buat PRP dekat muka I ni. Taknak la kasik review penipu buat harini, esok dah tulis review lagipon NI REVIEW IKHLAS AND BUKAN PAID ENTRY. Hahahah. Tetiba garang. Macam mana I boleh nak buat and sapa yang pengaruh I? Jawapan : Aliah la. Hahaha. Dia dok sebut banyak-banyak kali 'Maksu, cousin aku buat PRP muka macam telur kena kupas Maksu. Punyalah licin.... Aku nak buat lah kalau ada budget'...
Baca lebih lanjut: https://surayasulatin.blogspot.com/2018/11/rawatan-prp-paling-murah-di-kuala-lumpur.html

REVIEW RAWATAN PLATELET RICH PLASMA (PRP) DI PREMIER CLINIC TTDI – DISEBALIK JARUM DAN KECANTIKAN
Saya tidak mahu nampak tua sebelum usia. Jadi baru-baru ini saya berkesempatan mencuba rawatan yang dipanggil PLATELET RICH PLASMA atau singkatannya PRP TREATMENT di salah satu klinik estetik terkemuka di Malaysia, KLINIK PREMIER cawangan TTDI. Kenapa saya melakukan rawatan ini? Pada usia 35 tahun dengan kehidupan yang stressful, selalu terdedah kepada cahaya matahari, kurang menggunakan sunblock creammenyebabkan kulit wajah saya menjadi kusam, timbul kedutan halus pada dahi dan tepi mata. Malah bahagian bawah mata saya juga nampak teruk sebab kurang tidur. Saya perlu lakukan sesuatu. Jadi KLINIK PREMIER menjadi solusi kepada masalah saya...
Baca lebih lanjut: https://www.thisisreef.com/2017/06/review-rawatan-platelet-rich-plasma-prp.html

Review Rawatan PRP di Premier Clinic
Manakala untuk rawatan, mereka sangat terkenal dengan rawatan Platelet Rich Plasma (PRP). Yang ambil darah masuk mesin asingkan platelet tu lepas tu cucuk kat muka~ Vampire treatment orang kata~ Tau tak kenapa dorang pemes sangat dengan benda ni?
-> Kesan sampai 18 bulan! Bukan main jimat nak mati dohhhhh. Sekali rawatan tak yah datang tiap masa! Jaga elok-elok rajin pakai sunblock cuci muka je! (*kalau anda jenis pemalas mungkin kena buat sebelum sampai 18 bulan, haha)...
Baca lebih lanjut: http://thirteenpersona.blogspot.com/2018/04/review-rawatan-prp-di-premier-clinic.html


Harga Rawatan PRP di Premier Clinic

PRP untuk seluruh muka: RM 2,000 per setiap sesi
PRP untuk keguguran rambut: RM 2,000 setiap sesi
Rujukan: https://premier-clinic.com/bm/harga-rawatan-promosi-dan-skim-bayaran-mudah/


Teknik Platelet Rich Plasma (PRP)
  • Perlukan 20 hingga 50 mililiter darah pesakit.
  • Darah diletakkan dalam tabung khas untuk diproses
  • Diproses menggunakan mesin khas, centrifuge
  • Proses darah 15 minit untuk memisahkan serum dan sel darah merah yang mengandungi sel stem, platlet dan hormon.
  • Plasma iaitu cecair bening yang berada di atas permukaan darah akan digunakan dalam rawatan.
  • Cecair dikenali sebagai platlet darah diasingkan dan dipindahkan ke tiub khas bebas kuman sebelum disuntik ke wajah.
  • Suntikan platlet akan dilakukan pada tiga bahagian utama iaitu pipi, dagu dan lekuk wajah.
  • Wajah pesakit disapu krim kebas mengelak kesakitan.

Klinik-klinik PRP di Malaysia

1. Klinik Dr Inder

Perkhidmatan mereka termasuk pemulihan rambut oleh kaedah Follicular Unit Extraction (FUE), rawatan rambut gugur serta pemulihan bulu kening. Dr Inder pakar dalam pelbagai perkhidmatan estetik. Proses tanam rambut dilakukan dengan teliti agar keputusannya kelihatan semula jadi.

Lokasi: P-G-022, Centrestage, Jalan 13/1, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

WhatsApp: +6011 2091 2851


2. Bioniva Wellness

Lokasi: Lot 3, Tingkat 1 ,Tropicana Grande, Persiaran Tropicana, Tropicana Golf & Country Resort, 47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

WhatsApp: +6011 2091 2851

Perkhidmatan mereka termasuk rawatan PRP (yang menggunakan teknologi terkini dari Australia) untuk muka dan lutut.


3) Premier Clinic - Aesthetic Clinics in Kuala Lumpur (KL)

Mereka menawarkan rawatan individu yang profesional dengan menggunakan peralatan canggih oleh kakitangan yang mahir, dalam suasana yang santai. Kini, mereka mempunyai cawangan di empat lokasi di Lembah Klang.

Lokasi (Ibu Pejabat): No. 8 & 10, Ground Floor, Jalan Telawi 5, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Review-review Premier Clinic: Lebih daripada 40,000 likes di Facebook dan penilaian 4.3/5 bintang di Google.


4) Ko Skin Specialist

Nama ini dikenali dan disanjung tinggi oleh rakyat tempatan. Disebabkan terdapat banyak cawangan yang terletak di seluruh Malaysia, klinik ini boleh diakses dengan mudah. Kumpulan klinik ini diasaskan oleh Dr. Ko Chung Beng pada tahun 1997.

Lokasi (Ibu Pejabat): 10A-22A, Jalan Temoh, Off Jalan Goh Hock Huat, 41400 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Review-review Ko Skin Specialist: Ko Skin Specialist mempunyai lebih daripada 90,000 likes di Facebook dan skor 4.1/5 bintang di Google.


5. ARC Medical Group

Pusat rawatan ini tiada masalahnya dengan lesen pembedahan (LCP Chapter 3) yang telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Mereka menawarkan perundingan percuma di talian Whatsapp dan klinik untuk menganalisis dan memberi nasihat kepada para pesakit.

Lokasi (Ibu Pejabat): No. 31-11, Penthouse Signature Office Suite, The Boulevard, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia.


6) Toscana Medi Clinic @ Publika, Hartamas

Pusat rawatan Toscana mempunyai lesen estetik (LCP Chapter 1) yang telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Mereka menawarkan perundingan percuma di talian (Whatsapp) dan klinik untuk menganalisis dan memberi nasihat kepada para pesakit.

Alamat: Unit 01 & 02, Level G4, Block D5, Solaris Dutamas, Publika, No.1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Penilaian Toscana Medi Clinic (Reviews): penilaian 4.6 daripada 5 bintang di Google.


7. Pusat Perubatan Beverly Wilshire

Rawatan dan perkhidmatan mereka sememangnya premium dan mewah, dengan kemudahan kelas tinggi untuk keselesaan pelanggan. Pesakit boleh mendapat rawatan unik dalam persekitaran yang tenang dan damai di sini. Pusat-pusat mereka terletak di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Johor Bahru.

Lokasi (Ibu Pejabat): Level 6, 8 & 9, Kenanga Tower, No. 237 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia.


Rujukan:
Berkaitan:

Kesimpulan

Sila hubungi kami untuk mendapat maklumat lanjut > Hubung Kami.

Comments

Popular Posts